Sejarah Awal Sekolah_Menengah_Sains_Raja_Tun_Azlan_Shah

Fail:Penamaan Seratas.pngPerasmian nama baru sekolah oleh Sultan Azlan Shah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Pengambilan pertama pelajar merangkumi enam buah kelas bagi Tingkatan 1, enam kelas bagi Tingkatan 4 dan empat kelas bagi Tingkatan Enam Bawah. Pada 11 Jun 1984 sekolah ini juga mula menyediakan kelas matrikulasi bagi Universiti Sains Malaysia dengan pengambilan pelajar seramai 144 orang.

Pada masa ini, sekolah ini hanya menyediakan tempat bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan kemasukan pelajar hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1. Pengambilan pelajar bagi Tingkatan 4 kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2015 dan dilaksanakan semula pada tahun 2018.

Kelas-kelas dinamakan sempena nama planet iaitu Kejora,Suria,Zuhrah dan Utarid